Tuesday, November 23, 2010

DALAM ORANG NAK BERIBADAH...PUN NAK MENIPU JUGA NAK AMBIL UNTUNG BESAR...SEKARANG IBADAH PUN NAK NIAGA SAMPAI TAHAP MELAMPAU

Hukum syarikat haji menipu



MAKKAH: Kementerian Haji akan menulis surat kepada Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Abdullah meminta beliau memberi kuasa kepada kementerian untuk mengambil tindakan terhadap syarikat yang menipu atau tidak menyediakan khidmat terbaik kepada jemaah.
Kementerian terbabit mengambil langkah itu kerana tindakan tegas yang sepatutnya dikenakan ke atas pemilik syarikat berkenaan sering tertangguh agak lama.

Pemilik syarikat terbabit masih meneruskan operasi ketika kes mereka ditunda di mahkamah.
Langkah ini sejajar dengan amaran diberikan Gabenor Makkah, Putera Khaled Al-Faisal bahawa kerajaan tidak akan bertolak ansur dengan golongan yang mengelak dikenakan tindakan undang-undang untuk meneruskan kegiatan mereka. Setiausaha Rendah Pejabat Gabenor dan Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif dan Persediaan, Dr Abdul Aziz Al-Khedairi berkata Jawatankuasa Pusat Haji tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas penjenayah berkenaan. Menurutnya, pejabat gabenor tidak akan membenarkan syarikat haji menggunakan sumber tertentu bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang hanya untuk menyediakan perkhidmatan tidak memuaskan kepada jemaah.

“Kami tidak akan bertolak ansur dengan sebarang kecuaian atau kelemahan dalam perkhidmatan diberikan golongan ini,” ujar Dr Abdul Aziz .

Ketua Pengarah Hal Ehwal Dalaman Jemaah di Kementerian Haji, Ibrahim Al-Jabri berkata, kementerian dalam proses meminta kerajaan memberikan kuasa untuk mengambil tindakan tegas terhadap pemilik syarikat haji tempatan yang tidak menghargai kontrak diberikan kepada mereka



Beliau berkata, tindakan ini perlu dilakukan kerana jumlah kes syarikat berkenaan di Lembaga Aduan semakin meningkat. Sementara itu, syarikat terbabit masih beroperasi tanpa sebarang hukuman.

“Perlu difahami kementerian adalah badan eksekutif untuk menangani kes sebegini. Namun, ia tidak ada kuasa untuk menghukum dan sebab itu kami meminta bantuan pejabat gabenor tahun ini untuk menahan pemilik syarikat yang melanggar kontrak ditandatangani dengan 700 jemaah tempatan,” kata Ibrahim. - Agensi

Cut Tari akan buat pengakuan jujur jika jadi saksi



JAKARTA: Selebriti, Cut Tari berikrar akan bercakap jujur jika dia dipanggil menjadi saksi dalam perbicaraan video lucah Ariel ‘Peterpan.’
Antara kenyataan yang akan dibuat oleh Cut Tari jika dia menjadi saksi ialah mengaku melakukan seks seperti di dalam video yang beredar di Internet.

Perkara itu dinyatakan oleh peguam selebriti itu, Ida Ayu Trisnamurti ketika dihubungi wartawan detikhot menerusi telefon, semalam.
“Cut Tari akan bersikap terbuka dalam semua hal lebih-lebih lagi dia sendiri sudah mengaku pada umum dan kepada polis ketika di soal siasat sebelum ini,” katanya. Bagaimanapun, hingga saat ini, belum ada surat daripada pihak mahkamah yang meminta Cut Tari menjadi saksi. - Agensi

Doktor wanita Pakistan hilang di Mina



DAMMAM: Misteri kehilangan doktor wanita warga Pakistan dari Mina pada hari terakhir haji menyebabkan rakan sekerja dan ahli keluarganya dilanda kebimbangan.
Dr Sara Arjumand, pakar sakit puan berusia 34 tahun yang masih bujang dan bekerja di Hospital Al-Mikhwa di Baha berada di Arab Saudi sejak enam bulan lalu sebelum dia dan beberapa rakan sekerja pergi menunaikan ibadah haji pada 12 November lalu. Pada 18 November iaitu hari terakhir ibadah haji, Dr Sara hilang di tengah-tengah kesesakan jemaah.

Ibu Dr Sara, Sabiha Fatima menziarahi anaknya di Baha dan tidak mengikuti rombongan haji itu. Sabiha memberitahu dia menerima panggilan misteri seorang lelaki mendakwa menemui beg tangan Dr Sara yang mengandungi wang, barang kemas, kad pengenalan dan telefon bimbit di Kompleks Jamrah.
Sabiha kemudian memberitahu Dr Waheed, ketua rombongan haji mengenai hal itu. Ketika Dr Waheed menghubungi lelaki terbabit, dia berkata akan meninggalkan Makkah dan beg tangan itu akan diserahkan kepada orang lain. Dr Waheed cuba untuk menghubungi lelaki itu lagi tetapi gagal. Beg tangan Dr Sara masih belum dikembalikan. “Kumpulan kami sentiasa bersama ketika melakukan rukun haji. Dr Sara kelihatan baik-baik saja pada hari dia hilang,” ujar Dr Ejaz Ahmad yang turut menyertai rombongan haji itu. - Agensi


Parker cuba goda model Britain



BUKTI...Sophia menunjukkan mesej Parker.
BUKTI...Sophia menunjukkan mesej Parker.
LOS ANGELES: Suami jelitawan Desperate Housewives, Eva Longoria dilapor menghantar mesej pesanan ringkas berbau seks kepada seorang model Britain.
Bintang bola keranjang warga Perancis itu, Tony Paker, 28, juga menghantar gambar separuh bogelnya kepada Sophia Egeler, 19 dan kemudian bertanya: “Anda mahu gambar yang lebih seksi?”

Eva, 35, yang memegang watak Gabrielle dalam siri televisyen itu menuntut cerai di Los Angeles minggu lalu selepas menemui mesej berahi pada telefon bimbit bintang pasukan San Antonio Spurs itu.

Parker disyaki menghantar beratus-ratus mesej kepada Erin Barry, 37, isteri bekas rakan sepasukannya, Brent, 38


Dalam pada masa sama, dia juga menggoda Sophia.

Gadis jelita itu berkenalan dengan Parker di satu pertunjukan di O2 Arena di London.

Dalam wawancara dengan akhbar The Sun, Sophia menceritakan bagaimana Parker berusaha memikatnya.

“Sebaik kami bersua, dia menggoda saya. Saya tidak tahu dia suami Eva Longoria.

“Dia enggan menerima jawapan tidak dan berkata, dia amat tertarik dengan saya.

Sophia kemudian dipujuk pergi ke kelab malam London bersama Parker dan dua kawannya, tempat mereka berparti di ruang orang kenamaan.

“Saya mengambil keputusan untuk pulang pada jam 1 pagi. Tetapi Parker mengekori saya. Dia merayu supaya saya mengekorinya ke sebuah rumah yang didakwanya miliknya. Saya menolak.”

Keesokannya Parker mula menghantar mesej kepadanya selepas memperoleh nombor telefon daripada seorang rakan.

Tetapi Sophia mula bimbang selepas Parker menghantar gambar separuh bogelnya sambil bertanya: “Anda ingin yang lebih seksi?”

Kecurangan Parker menjadi-jadi apabila dia memberitahu Sophia bahawa dia mahu menemuinya di Brighton. Sehari kemudian, dia menghantar mesej untuk memberitahu dia sudah berada di kawasan itu.

Sophia berkata: “Saya keluar bersama rakan dan tidak menerima mesejnya.”

Pujuk rayu Parker terhenti Selasa lalu apabila berita mengenai perceraiannya dengan Eva tersebar.

“Apabila saya mendengarnya, saya tidak percaya. Betapa bodohnya dia bertindak sehingga meruntuhkan rumah tangganya dengan Eva,” kata Sophia. - Agensi

No comments:

Post a Comment