Monday, November 22, 2010

UMUR 16 TAHUN ELOK WANITA BERKAHWIN...TENGAH SUBUR DAN NAFSU YANG MEMUNCAK MENGIKUT PENDAPAT ISLAM...CUMA KITA DILATIH OLEH BARAT...UMUR BEGINI MASIH BERSEKOLAH...SEDANGKAN IA HANYA FARDZU KIFAYAH...BUKAN FARDZU AIN...UMUR BEGINI WANITA BERGAUL BEBAS DENGAN LELAKI BUKAN MUHRAM...FILEM LUCAH MUDAH PULA DI TONTON

Gadis Iran digalak kahwin pada usia 16 tahun



TEHERAN: Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad menggesa gadis negara itu berkahwin pada usia 16 tahun.
Ia langkah terbaru Mahmoud dalam menolak program merancang keluarga Iran yang sebeluma ini begitu berkesan, lapor akhbar negara itu, semalam.

Berikutan kadar kelahiran yang tinggi selepas revolusi Islam pada 1979, negara itu melaksanakan program merancang keluarga yang mendapat pujian di peringkat antarabangsa pada 1990-an. Ia berjaya mengurangkan kadar kelahiran negara itu. Bagaimanapun, Mahmoud menyelarnya dan menyifatkan program itu diimport dari Barat dan bertentangan dengan Islam.
“Kita perlu menggalakkan remaja lelaki berkahwin pada usia 20 tahun dan gadis pada umur kira-kira 16 dan 17 tahun,” katanya yang dipetik oleh akhbar milik kerajaan, Jam-e-Jam.

Menurut Mahmoud, usia perkahwinan remaja Iran kini meningkat kepada 26 di kalangan lelaki dan 24 di kalangan wanita.

Sejak berkuasa pada 2005, Presiden Iran itu berusaha menambah bilangan penduduk Iran yang kini berjumlah 75 juta dengan sepertiga daripadanya berusia antara 15 dan 30 tahun

Julai lalu, beliau melancarkan dasar baru menggalakkan pertumbuhan penduduk dengan menawarkan insentif kewangan kepada setiap bayi yang dilahirkan. - Agensi


Lelaki dijel biar isteri mati dimakan ulat



CINCINNATI (AS): Seorang lelaki dari Ohio, Amerika Syarikat mengaku bersalah membiarkan isterinya yang sakit dimakan ulat hidup-hidup dalam satu sidang perbicaraan di sini. Lelaki itu dituduh membunuh dan gagal memberi penjagaan terbaik kepada mangsa.
Akhbar The Cincinnati Enquirer melaporkan, Darrel White, 65, mengetepikan haknya untuk dibicarakan. Dia memberitahu hakim dia sudah memberi penjagaan terbaik kepada isterinya yang terlantar sakit menghidap artritis. Pihak berkuasa mendakwa White membiarkan isterinya menemui ajal kerana tidak menjaga atau membawanya berjumpa doktor. Polis berkata, mereka menemui tubuh isterinya yang mereput dimakan ulat di kediaman pasangan itu pada 23 Julai lalu. Pakar bedah siasat berkata, wanita terbabit sudah mati sehari sebelum itu akibat jangkitan darah.

White menghadapi hukuman penjara enam setengah tahun. Hukuman bermula 15 Disember depan. - AP


Eross turut jadi mangsa Merapi

JAKARTA: Eross, pemain gitar kumpulan muzik popular, Sheila on 7 adalah antara beribu-ribu penduduk yang terpaksa berpindah kerana letupan Gunung Merapi yang bermula akhir bulan lalu.
Eross dan isterinya yang hamil, Sarah Diorita berlindung di rumah ibunya sejak bulan lalu.

“Rumah saya dilitupi debu,” kata pemuziuk itu ketika ditemuramah inilah.com.
“Kami cemas seketika. Tetapi kami sudah bersedia sebelum letupan itu berlaku,” kata isterinya, Sarah.

“Hanya kami berdua di rumah itu dan kami memutuskan untuk berpindah ke rumah ibu. “Baju semuanya sudah siap dikemas sebelum kami berlepas dengan kereta, beberapa hari sebelum tahap kecemasan dinaikkan kepada paras waspada,” kata Eross.

Menurutnya dia bimbang untuk tinggal di rumahnya kerana debu yang dimuntahkan Merapi serta bau belerang. Katanya, dia kini merindui rumahnya tetapi pasangan itu belum ada rancangan untuk pulang kecuali keadaan benar-benar selamat untuk berbuat demikian. - Agensi

Korban meningkat

JAKARTA: Jumlah korbang Gunung Merapi semalam meningkat kepada 304 orang apabila pasukan penyelamat menemui lebih banyak mayat di sekitar lereng gunung berkenaan.
Di samping itu, ada juga mereka yang cedera meninggal dunia di hospital, kata pegawai Pengurusan Bencana, Agam Ferdatama. - AP

No comments:

Post a Comment